Slider

Finally i got my Morphe Jaclyn Hill Palette

Friday 25 August 2017

Assalamualaikum 

Alhamdulillah aku rasa happy gila sebab aku dapat grab morphe jaclyn hill palette. Bukan senang tau nak dapat palette tu hahahaha sold out very fast. Asalnya aku tak terfikir pun nak beli palette jaclyn hill ni tapi ada satu ig shop yang aku selalu shopping barang makeup ni jual murah gila palette ni. Nak tahu berapa? Rm195 JE! Original okay. 

Seller lain mostly aku survey harga melampau around RM250. Ada yang lagi mahal sampai Rm300. Tapi aku admit shipping morphe hampir nak sama dengan harga palette dia. Melampau kan? So disebabkan shipping dia yang mahal gila so aku decide order dengan ps je.

Tapi seller tempat aku beli palette ni dah tak ambil order morphe jaclyn hill, i dont why. So maknanya im so lucky sebab dapat grab satu slot dengan dia huhuhu


Kalau nak tahu, aku tunggu palette ni sampai lama gila! Around 1 month jugak la. Sebab palette ni cantik punya pasal so aku sanggup tunggu! Bukannya senang nak dapat seller yang jual murah HEHEHEHE

Sorry aku tak letak gambar swatches semua eyeshadow dia. Sayang kot nak touch! hahaaha 

Pigmented tak? emmm itu aku tak boleh nak jawab sebab aku tak try swatch lagi tapi korang boleh tengok dekat youtube ramai beautyguru bagi review. Of course la ada yang good review, ada yang bagi bad review but for me la, i dah ada 3 palette morphe then campur dengan morphe jaclyn hill ni so total semua ada 4. I think semua palette dia yang i beli tu pigmented gila! cuma ada la satu dua colour eyeshadow dia kurang pigmented but sokayy tak kesah sangat.

Packaging dia? Ermmm for the packaging i sukaaa! Lawaaaaa sangat. Tapi satu je i tak suka. Packaging dia warna putih so senang kotor la.

Emm rasanya tu je kot i nak cerita. Sekarang palette ni tengah sold out. So sesiapa yang konfius nak beli or tak tu, i prefer sila la beli sebab palette dia lawaa okay, confirm uolsss tak menyesal. *hasut*

Next wishlist for eyeshadow palette :

ABH Modern Renaissance Palette

If sesiapa yang nak join pre order ABH Modern Renaissance palette, let me know okay? Aku jual murah aje. Tak mahal pun. Price just only RM219 exclude postage. If nak cod pun boleh. Apa-apa just whatsapp me +601126249604 *SEMPAT LAGI DOK PROMOTE*


Okay daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa 


Braces ON!

Sunday 20 August 2017

Assalamualaikum 

Sebenarnya dah lama aku berniat nak pakai braces. Since bulan 5 hari tu lagi. Dah siap booking lagi tarikh appoinment dengan doktor gigi dekat Klinik Pergigian dan Surgeri Aina. Tapi bila tengok ramai bagi bad review so aku rasa was was so aku decide untuk cancel appoinment. *sorry dr.aina*

Aku survey lagi klinik gigi yang okay then aku jumpa satu klinik gigi ni nama dia family dental saufian clinic then aku booking dengan staff dia time dia open batch for braces. Sebab dekat klinik tu if braces kena join batch by batch dia. Berebut tau nak booking appoinment dekat klinik tu. Dua kali aku set for appoinment, dua kali juga la kes gigi aku kena reject. Doktor tu strict sikit pasal gigi tau. Tak semestinya kau dah berjaya booking appoinment dengan dia, kes gigi kau 100% diterima, NO wehhhh! Kalau dia tak terima, dia reject. *mcm aku ni iskk iskkk*

Punya la sedih sebab dua kali kena reject, so aku survey klinik pergigian yang lain. Survey punya survey, aku jumpa dua klinik ni. Satu ni klinik pergigian dr.smile dekat pelangi semenyih, lagi satu dekat klinik pergigian kajang prima. Fikir punya fikir, aku decide nak buat dekat klinik pergigian kajang prima. Sebab apa? Sebab bagi aku, harga dia okay la berbanding dekat klinik pergigian dr.smile. 

Price? mesti korang nak tahu price dua klinik tu kan?

Price braces dekat Klinik Pergigian Dr. Smile, Pelangi Semenyih = RM5500 *tak pasti dah include harga retainer or tak*

Depo = RM800
Installment = RM200

Price braces dekat Klinik Pergigian Kajang Prima, Kajang = RM5000 *dah include harga retainer, cabut gigi, mould gigi and x-ray*

Depo = RM1000
Installment = RM200

Isnin (7/8/2017)

Time aku pergi dekat Klinik Pergigian Kajang Prima tu, aku tak set appoinment pon sebab dah full. Available for walk in je. Masa tu aku datang awal pagi. Klinik tu buka pukul 9, pukul 8.50 aku dah sampai dekat depan klinik tu HAHAHAHA sebab ramai okay customer klinik tu. Kalau aku sampai lambat, nampaknya aku kena tunggu lama la. Ramai kan?

Masa first day aku datang tu, doktor tu x-ray gigi aku, mould gigi aku then cabut. Pada mulanya doktor tu cakap kena cabut satu batang gigi, then bila check balik kena cabut dua batang, aiyooooo banyak sedih maaaa. So hari tu gigi aku rongak atas dan bawah. Redha jela. Psst *doktor tu comel tau hihihi*

Isnin (14/8/2017)

Finally, turn aku pasang braces. Aku set appoinment pukul 3 petang. Hari tu aku terpaksa ambil half day je sebab nak pasang braces punya pasal la. Masa tu doktor comel tu bersihkan gigi aku dulu then doktor tu pasangkan besi dekat gigi aku. Sejam lebih jugak la doktor tu pasang besi dekat gigi aku and sejam lebih jugak gigi aku dok menganga hahahaha habis kering bibir aku. Then bila dah siap pasang besi, doktor tu suruh pilih warna getah. *excited kot time tu* banyak gila colour sampai aku tak tahu nak pilih colour apa. So fikir punya fikir, aku decided pilih colour turqoise and baby pink hehehe then bila dah siap pasang, aku tutup mulut aku. Time tu rasa awkward gila! Rasa tajam tajam dekat dalam mulut aku hahahaha 

*First day berbraces. Kosong dekat sebelah tu sebab gigi dekat situ kena cabut* 

Sakit tak pakai braces?

Bagi aku, sakit time awal-awal je. Time dekat rumah tu, aku try la nak makan nasi. *degil tak nak makan bubur* sekali kau time nak gigit tu, masha Allah memang sakit gila! Rasa nak menangis je. Disebabkan rasa sakit nak mengunyah, so aku keluar pergi beli bubur ayam mcd. Macam orang lain seminggu juga kan makan bubur? Aku mampu bertahan makan bubur 4 hari je, hari seterusnya aku dah boleh makan macam-macam.

Susah tak nak jaga gigi time berbraces?

Bagi aku, tak susah pun. Cuma since dah berbraces ni, hampir 20 minit jugak la aku gosok gigi. Paling cepat pun dalam 15 minit hahahaha leceh sikit la tapi tak pe demi nak gigi lawa punya pasal so aku sanggup!

Makan pula macam mana? Mesti melekat makanan dekat celah gigi kan time makan?

Tu of course! So kau kena rajin berkumur selepas makan. Kalau kau terlebih rajin, kau gosok la gigi tu selepas makan hahaha 

Berapa lama kena pakai braces?

Kalau macam aku, estimate maybe around 2 years la kot kena pakai. Setiap gigi seseorang tak sama. Kalau gigi kau tu complicated, lagi lama la kau kena pakai.

Service dekat Klinik Pergigian Kajang Prima pula macam mana? Okay ke?

For me, tersangat sangat okay! Doktor lembut je, comel pulak tu! Staff pulak so friendly. Bagi aku for service, aku boleh bagi 5/5.


Ada sesiapa nak tanya, boleh tanya dekat bahagian comment dekat bawah ni okay?

Ni aku bagi details Klinik Pergigian Kajang Prima if korang pon nak buat situ jugak. Recommend!


Klinik Pergigian Kajang Prima
No 3 Ground Floor, Jalan KP 1/3, Kajang Prima, Selangor, 43000 Kajang, Malaysia



CopyRight © | Theme Designed By Hello Manhattan