Slider

Braces ON!

Sunday 20 August 2017

Assalamualaikum 

Sebenarnya dah lama aku berniat nak pakai braces. Since bulan 5 hari tu lagi. Dah siap booking lagi tarikh appoinment dengan doktor gigi dekat Klinik Pergigian dan Surgeri Aina. Tapi bila tengok ramai bagi bad review so aku rasa was was so aku decide untuk cancel appoinment. *sorry dr.aina*

Aku survey lagi klinik gigi yang okay then aku jumpa satu klinik gigi ni nama dia family dental saufian clinic then aku booking dengan staff dia time dia open batch for braces. Sebab dekat klinik tu if braces kena join batch by batch dia. Berebut tau nak booking appoinment dekat klinik tu. Dua kali aku set for appoinment, dua kali juga la kes gigi aku kena reject. Doktor tu strict sikit pasal gigi tau. Tak semestinya kau dah berjaya booking appoinment dengan dia, kes gigi kau 100% diterima, NO wehhhh! Kalau dia tak terima, dia reject. *mcm aku ni iskk iskkk*

Punya la sedih sebab dua kali kena reject, so aku survey klinik pergigian yang lain. Survey punya survey, aku jumpa dua klinik ni. Satu ni klinik pergigian dr.smile dekat pelangi semenyih, lagi satu dekat klinik pergigian kajang prima. Fikir punya fikir, aku decide nak buat dekat klinik pergigian kajang prima. Sebab apa? Sebab bagi aku, harga dia okay la berbanding dekat klinik pergigian dr.smile. 

Price? mesti korang nak tahu price dua klinik tu kan?

Price braces dekat Klinik Pergigian Dr. Smile, Pelangi Semenyih = RM5500 *tak pasti dah include harga retainer or tak*

Depo = RM800
Installment = RM200

Price braces dekat Klinik Pergigian Kajang Prima, Kajang = RM5000 *dah include harga retainer, cabut gigi, mould gigi and x-ray*

Depo = RM1000
Installment = RM200

Isnin (7/8/2017)

Time aku pergi dekat Klinik Pergigian Kajang Prima tu, aku tak set appoinment pon sebab dah full. Available for walk in je. Masa tu aku datang awal pagi. Klinik tu buka pukul 9, pukul 8.50 aku dah sampai dekat depan klinik tu HAHAHAHA sebab ramai okay customer klinik tu. Kalau aku sampai lambat, nampaknya aku kena tunggu lama la. Ramai kan?

Masa first day aku datang tu, doktor tu x-ray gigi aku, mould gigi aku then cabut. Pada mulanya doktor tu cakap kena cabut satu batang gigi, then bila check balik kena cabut dua batang, aiyooooo banyak sedih maaaa. So hari tu gigi aku rongak atas dan bawah. Redha jela. Psst *doktor tu comel tau hihihi*

Isnin (14/8/2017)

Finally, turn aku pasang braces. Aku set appoinment pukul 3 petang. Hari tu aku terpaksa ambil half day je sebab nak pasang braces punya pasal la. Masa tu doktor comel tu bersihkan gigi aku dulu then doktor tu pasangkan besi dekat gigi aku. Sejam lebih jugak la doktor tu pasang besi dekat gigi aku and sejam lebih jugak gigi aku dok menganga hahahaha habis kering bibir aku. Then bila dah siap pasang besi, doktor tu suruh pilih warna getah. *excited kot time tu* banyak gila colour sampai aku tak tahu nak pilih colour apa. So fikir punya fikir, aku decided pilih colour turqoise and baby pink hehehe then bila dah siap pasang, aku tutup mulut aku. Time tu rasa awkward gila! Rasa tajam tajam dekat dalam mulut aku hahahaha 

*First day berbraces. Kosong dekat sebelah tu sebab gigi dekat situ kena cabut* 

Sakit tak pakai braces?

Bagi aku, sakit time awal-awal je. Time dekat rumah tu, aku try la nak makan nasi. *degil tak nak makan bubur* sekali kau time nak gigit tu, masha Allah memang sakit gila! Rasa nak menangis je. Disebabkan rasa sakit nak mengunyah, so aku keluar pergi beli bubur ayam mcd. Macam orang lain seminggu juga kan makan bubur? Aku mampu bertahan makan bubur 4 hari je, hari seterusnya aku dah boleh makan macam-macam.

Susah tak nak jaga gigi time berbraces?

Bagi aku, tak susah pun. Cuma since dah berbraces ni, hampir 20 minit jugak la aku gosok gigi. Paling cepat pun dalam 15 minit hahahaha leceh sikit la tapi tak pe demi nak gigi lawa punya pasal so aku sanggup!

Makan pula macam mana? Mesti melekat makanan dekat celah gigi kan time makan?

Tu of course! So kau kena rajin berkumur selepas makan. Kalau kau terlebih rajin, kau gosok la gigi tu selepas makan hahaha 

Berapa lama kena pakai braces?

Kalau macam aku, estimate maybe around 2 years la kot kena pakai. Setiap gigi seseorang tak sama. Kalau gigi kau tu complicated, lagi lama la kau kena pakai.

Service dekat Klinik Pergigian Kajang Prima pula macam mana? Okay ke?

For me, tersangat sangat okay! Doktor lembut je, comel pulak tu! Staff pulak so friendly. Bagi aku for service, aku boleh bagi 5/5.


Ada sesiapa nak tanya, boleh tanya dekat bahagian comment dekat bawah ni okay?

Ni aku bagi details Klinik Pergigian Kajang Prima if korang pon nak buat situ jugak. Recommend!


Klinik Pergigian Kajang Prima
No 3 Ground Floor, Jalan KP 1/3, Kajang Prima, Selangor, 43000 Kajang, Malaysia



30 comments:

  1. Doktor tu lelaki ke perempuan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perempuan ada lelaki pun ada. Tapi doktor time saya nak tukar tu lelaki.

      Delete
    2. Mmg harga dia murah ke

      Delete
    3. Yes bagi saya harga dia dah murah la. RM5K include retainer tuuu. Kat selangor ni nak dapat murah bawah RM5k include retainer memang susah.

      Delete
  2. yes agree doctor tu mmg la tersangat comel. very the k-pop look awwww =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Doktor yg u maksudkan tu dr.azam ke? Hahahah

      Delete
  3. TQ for the writing. Memang tengah cari info pasal braces untuk anak I.

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Saya dah bagitahu dalam details di atas. Depo RM1000 monthly RM200

      Delete
    2. Hi salam nak tnye dia takde hidden cost lain ke masa dah siap pasang tu? mcm scalling, besi, dawai, n getah kt gigi tu xde charge ya?

      Delete
  5. Hi, boleh tahu u refer dr mana? Senang nak request nanti. Tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maksud refer tu macam mana eh? Semua information ni ke?

      Delete
  6. Masa mula2 pemasangan just byr rm1000 ke atau ke tambah byr lagi utk kos xray, cabut, acuan semua tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes mula2 just bayar RM1000 je then next visit nak tukar getah baru bayar RM200. Kalau tak mampu nak bayar RM1000 sekali gus, boleh bayar RM500 dulu untuk xray, cabut n acuan then time nak pasang braces tu bayar baki RM500 :)

      Delete
  7. Satu soalan, total semua sekali campur appointment dekat klinik saudari berapa ya? Teringin nak buat awal tahun 2019 nnt

    ReplyDelete
  8. Doctor mana yg paling bagus utk buat braces?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua doktor bagus je awak janji doktor tu bertauliah :)

      Delete
    2. Boleh saya tahu x .. Semase nk cabut gigi dngan pasng braceses berpa tempoh masa dia .. Contoh macam sebulan u cabut ggi then tuk bulan depan u pasng braceses macam tu ke ???

      Delete
  9. Good info!!! So utk mula2 u just bayar 1k then 200 every month. So total semua skali tu RM5k. Betul ke pemahaman saya? Maaf tanya utk confirmation. Tq awk

    ReplyDelete
  10. Ada buat scalling, whitening tk before pasang braces tu?? Pakai sampai berapa tahun ye? Saya confius����

    ReplyDelete
  11. Sakit Tak masa cabut gigi tu , Gigi sy crowded , rasanya banyak Kena cabut .huhu takutnya

    ReplyDelete
  12. Kalu bayar 200 sebulan.. Berapa tahun kena tunggu untuk habis bayar??

    ReplyDelete
  13. ok ke klinik ni service dia..sbb mcm murah ni takut pulak

    ReplyDelete
  14. nk tnya bila cabut gigi untuk pkai braces ni, nnti ruang kosong tu rapat dgn gigi lain ke mcam mana. gigi kekal kn dia tak tumbuh dh lepas cabut

    ReplyDelete
  15. nak pasang dawai gigi ats kena cabut gigi juga ke.

    ReplyDelete
  16. Thanks for the info ♥️

    ReplyDelete
  17. Hai.. Hajat nk pergi jumpa dr kt situ.. Plan nk pasang braces juga.. Ada 2,3 org dh sj baca blog suggest kt sini.. Gigi saya berlapis bhgn dpn..

    ReplyDelete

drop here your comment.:)

CopyRight © | Theme Designed By Hello Manhattan