Slider

Aku bakal ambil Test Muet Sesi March 2017.

Thursday 19 January 2017

Assalamualaikum 

Tadi aku baru buka website muet sebab aku nak check tarikh bila aku punya speaking test. Ingatkan tak keluar lagi jadual rupanya dah released. Aku merupakan calon persendirian HUHU 

Mula-mula aku decide nak ambil muet dekat kolej tempat aku belajar tu aje tapi bila aku pergi sana, pegawai yang uruskan pasal muet tu cakap, untuk sesi march ni dieorang tak ambil sebab tak cukup orang so sebab tu aku tak pasal pasal jadi calon persendirian. Ada beberapa sekolah yang terpilih yang dia sediakan untuk calon persendirian then aku decide aku ambil sekolah yang dekat dengan kawasan tempat tinggal aku aje. Aku tinggal dekat semenyih so sekolah yang terpilih yang paling terdekat dengan kawasan tempat tinggal aku ialah high school kajang.

No automatic alt text available.

Fuhhh rasa cuak dia Allah aje tahu bila tengok tarikh speaking test. 21 February maknanya hari last sekali untuk speaking test punya hahaha mybe sebab aku calon persendirian so dia dahulukan calon yang study dekat universiti. Bagi aku tersangat la okay last day ambil speaking test. 

So maknanya lagi tinggal sebulan macam tu la before test muet aku start so aku pun dah kena start study jugak ni prepare ape yang patut. Sebenarnya dalam banyak2 paper dekat dalam jadual dekat atas ni, aku paling cuak dengan paper speaking and writing. Reading tu 50/50 hahaha 

So korang doakan semoga aku dapat menjawab semua test dengan tenang and doakan jugak semoga time test nanti aku dapat soalan yang senang tak susah sangat HUHUHU










Segment: Follower meningkat dengan mudah.

Wednesday 4 January 2017

Assalamualaikum 

Klik banner if nak join okay?

BlogID : 4900658067900231582

Akhirnya dapat Balik Kampung.

Tuesday 3 January 2017

Assalamualaikum 


Bila difikirkan balik, sedar tak sedar aku dah setahun lebih tak balik kampung aku sendiri. Perasaan rindu nak balik kampung tu tak payah cakap la, memang membuak-buak rasa. Baru baru ni satu-satunya nenek yang aku ada ( sebab nenek belah mama aku dah meninggal, :( Al-Fatihah ) teringin nak balik kampung, rumah dia sendiri kan huhuhu sebab sekarang ni nenek aku tinggal dengan pak cik saudara aku dekat klang. Tapi nenek aku ni baru je lepas buat operation jantung bypass so tak boleh nak duduk dalam kenderaan lama lama. Dari klang ke Kelantan, jauh tuuuuuuuuuuu!

So isteri pak cik aku merangkap mak saudara aku bagi cadangan naik flight je. Yang temankan nenek aku balik kampung naik flight siapa lagi kalau bukan aku sendiri huhuu cousin aku yang lain tak free nak temankan and memandangkan aku ni tengah free tak kerja lagi well seorang penganggur.

Okay then aku booked tiket flight pergi sahaja. Tiket balik aku tak beli lagi sebab aku tak sure lagi bila aku balik. Lagipun aku memang nak balik kampung sebab cousin abah aku kahwin hari sabtu pagi. Family aku tak dapat balik sebab abah aku ada kerja. So aku booked tiket hari khamis, 2 december 2016 time siang around pukul 10.45am. Tak boleh balik malam sebab nenek aku nak rehat.

Image may contain: 2 people, selfie, closeup and text
Tengah tunggu nak masuk dalam perut flight.

Dari KLIA2 ke kelantan hanya mengambil masa lebih kurang 45 minit aje. Nenek aku punya la excited hari tu sebab dapat balik Kelantan. Rindu dekat rumah dia katanya. Dah 4 bulan tinggal terbiar macam tu je. Kalau aku jadi nenek aku pun aku tak sabar nak balik nak tengok keadaan rumah hahaha

Image may contain: 3 people, text

Masa ni aku dengan nenek aku dah selamat touch down dekat Lapangan Terbang Sultan Ismail, Pengkalan Chepa. See kalau tengok dekat dalam gambar ni boleh nampak betapa happy nya muka nenek aku dapat balik Kelantan. Kampung aku dekat aje dengan airport ni. Lebih kurang 10 minit dah sampai dah dekat kampung. Dekat je kan? Jalan kaki pun boleh kahkahkah lepas sampai aje dekat rumah, aku dengan nenek aku berehat sebab penat sangat.


Sabtu ,4hb December 2016

Awal pagi lagi aku dah bangun. Bangun, mandi, solat subuh then sarapan siap siap and then terus pergi dekat rumah adik nenek aku. Sebab anak dia yang bongsu tu haaa yang kahwin. Aku ni jadi tukang pengapit si pengantin so sebab tu aku kena datang awal. Masa tengok cousin abah aku nak akad nikah, aku terasa macam nak kahwin jugak hahahaha *mula dah mai perangai gatai dia tu! Alhamdulillah syukur selesai dah semuanya hanya dengan dua kali lafaz. :P Cousin abah aku dah jadi isteri orang yeay! Ohhhh! Aku panggil cousin abah aku ni dengan gelaran 'mok suma'. Aku pun tak tahu macam mana aku boleh panggil dengan gelaran mok suma haha

Image may contain: 2 people
Mok suma dengan suami dia. Congrats!

Image may contain: 3 people, selfie and closeup
Eiiiiiiiii budak tengah ni. Geram gila sebab comel sangat!

Image may contain: 6 people, people standing
Masa ni aku bergambar dengan kawan baik mama aku dengan anak perempuan dia.

Image may contain: 1 person, flower, text, nature and outdoor

Ehemmmmm... Tak pe kan sekali sekala nak duduk atas pelamin orang sambil bergambar hihi mana tahu lepas ni turn aku pulak ke yang kahwin ( ambik berkat?? ) Kahkah

Lepas je majlis aku decide nak balik terus malam tu. Sebab aku survey tiket flight balik ahad time siang tu tengah hari. Aku tak ada la berapa suka sangat balik time tengah hari. Mybe sebab panas kot hihi balik malam lagi best apa, sejuk!

So petang tu lepas majlis, aku balik dekat rumah nenek then cepat cepat bersiap sebab pak cik saudara aku cakap lepas maghrib dia nak hantar aku pergi airport. Masa aku balik rumah nenek pun masa tu dah nak dekat pukul 7 petang. Pak cik saudara aku hantar aku dekat airport awal sangat kut masa tu padahal flight aku departure pukul 9.45pm hahahaha nak tak nak terpaksa tunggu dekat airport tu sorang sorang. Balik ni aku balik sorang sebab nenek aku balik dengan pak cik saudara aku. Lagi pun nenek aku nak tinggal dekat kampung tu lama sikit.

Image may contain: outdoor
Masa ni tengah beratur nak masuk flight.

First time kot aku balik naik flight sorang sorang hahahaha biasanya atleast ada mama yang temankan. Kali ni mama dengan papa dah bagi kebebasan sedikit dekat aku sebab umur aku pun dah masuk dewasa kan. Masa dulu, nak minta izin keluar rumah pun payah! Huahuahua 

Nak buat acane, dah nama anak perempuan. Okay rasanya dah tak ada benda yang aku nak cerita lagi dah. Jari tangan aku dah penat menaip huhu okay bye.



CopyRight © | Theme Designed By Hello Manhattan