Slider

Bayar MARA guna KWSP

Thursday 28 February 2019


Assalamualaikum 

Okay kali ni aku nak share cara terkini nak bayar MARA guna KWSP. Senang sangat sekarang. Semua online sahaja. Tapi last sekali korang kena pergi juga dekat mana mana cawangan KWSP untuk pengecaman cap jari. Tapi bagi aku, proses dia sangat mudah dan cepat, tak complicated.

Dekat bawah ni aku akan terangkan one by one cara nak bayar MARA guna KWSP.

  •       Korang buka website KWSP dan tekan log in AHLI.


  •      Masukkan user ID dan password. Pastikan korang ingat korang punya user ID dan password. If tak ingat, tekan dekat bahagian forgot user ID/password tu.


  •           Lepas tu korang tekan dekat bahagian withdrawal then tekan dekat bahagian ‘New Application’


  •      Lepas tu pilih la nak bayar for ‘education’


  •      So lepas tu pilih dan key in je tempat kosong tu macam apa aku buat dekat bawah ni. Korang isi la sampai la korang sampai dekat step 4.



  •          Nanti lepas tu korang pergi dekat bahagian ‘secured messages’. Dekat situ nanti korang akan dapat message dari KWSP seperti di bawah.

  •          Nanti bila dah apply tu, rajin rajin buka website KWSP, check sama ada permohonan kita dah approved atau belum. Kalau dah approved, nanti korang akan dapat macam message dekat bawah.


  •          Next, korang akan dapat message macam ni dari KWSP. Means that permohonan pengeluaran korang telah diproses.


  •          Bila dah dapat message macam ni dari KWSP, so korang kena pergi mana mana cawangan KWSP untuk pengecaman cap jari. Proses dia sekejap sahaja tak lama pun. Jangan lupa bawa salinan skrol tamat belajar korang sebab nanti staf KWSP tu minta. Jangan lupa bawa ic juga.


Haaa lepas tu tunggu la korang selama seminggu. Nanti dah seminggu korang dah boleh check dekat website MARA E-baki korang sama ada baki dah tolak atau belum.

Senang kan? Hihi okay itu aje aku nak share untuk post kali ni.

Thank you for reading my entry J

CopyRight © | Theme Designed By Hello Manhattan