Slider

Lepas mandi pakai mask muka . kulit jadi cantik ..

Saturday 30 November 2013

yaa nak cerita . ada kawan yaa tanya yaa . 

"macam mana kulit kau boleh licin tak ada jerawat langsung even jerawat datang hinggap dekat kulit muka kau pon kadang kadang je . dah laa kulit muka kau putih pulak tu . kau pakai produk ape eyhhh ?"

actually masa yaa bersekolah menengah lagi ramai kawan yaa tanya yaa . actually yaa tak ada lahh pakai produk yang mahal mahal daripada luar negara . tak ada lahh pakai produk yang beratus ratus . yaa tak mampu sebab yaa tak kerja lagi . :3

yaa sedar siapa diri yaa . huhu . *rendah diri pulak . kalau nak tahu , yaa just pakai 3 produk aje untuk penjagaan kulit muka yaa . pertama of course lahh produk pencuci muka . nak tahu yaa pakai produk pencuci muka ape ? actually dah banyak produk pencuci muka yaa try tapi tak berkesan . ada produk yang merosakkan kulit muka yaa sampai menggelupas , kulit muka merah merah dan berjerawat . omg . masa tu memang buruk sangat muka yaa . yaa terus stop pakai produk tu .

then yaa tukar pakai produk lain . yaa punya kulit kalau tak cuci dengan sabun pencuci muka , mula lahh minyak yang amat degil muncul dekat muka . sebab kulit muka yaa ni jenis yang berminyak and dah tentu sekali dengan pasangan kembar nya tak lain tak bukan jerawat . memang kembar lahh dua dua tu .

dalam banyak banyak produk , produk yang sesuai , memang betul betul sesuai dengan kulit yaa ialah produk Safi . setelah 18 tahun yaa hidup , yaa baru jumpa produk yang betul betul sesuai dengan kulit yaa . sebelum sebelum ni kulit yaa ada bintik bintik . ramai kawan yaa cakap tu ruam . ermm lagi lagi dekat dahi . banyak sangat . yaa dah risau sangat sebab nampak cacat .

pencuci muka

pelembap muka

krim kecantikan

toner/penyegar

credit : pak cik google

yaa try laa produk safi hope berkesan . banyak jugak yaa habis beli macam macam produk tapi tak sesuai . membazir aje --" masa yaa pakai produk safi gamat ni . alhamdulillah kulit yaa bertambah putih . jerawat and bintik bintik pon berkurang . happy sangat ! hampir setiap jam yaa asyik dok hadap cermin tengok kulit . hahaha . yelahhh . lembut semacam . memang suka laa kan pegang ? >.<

lepas tuhh yaa makan supplement . :) nak tahu yaa makan supplement apa ? 

yaa makan supplement Emilay Whitening Collagen :) tak tahu yang mana satu rupa dia ? ni haaaaaaaaaa ....


supplement ni just telan je tau :) tak rasa apa apa pon . supplement ni banyak manfaat nya . antara salah satu dapat memutihkan kulit yaa . yes . yaa memang nampak perubahan bila makan supplement ni . memang putih . huhu suka sangat !

and last kali .. yaa guna mask muka after mandi setiap dua minggu sekali sebab nak bagi kulit muka fresh . yaa sebenarnya macam macam jenama mask muka yang yaa pakai . antaranya mask muka dari guardian nihh haa . best jugak . bau nya amat wangi . bau lavender . i like it so much !


masa mula mula pakai letak dekat muka rasa sejuk jee . :) harganya boleh tahan jugak lahh . dalam RM5++ macam tu laa . murah juga . 


serius rasa sejuk sangat muka . yaa kalau pakai mask dua jam . hewhew . sebab nak bagi air lembap yang melekat dekat mask tu betul betul kering . biar habis meresap dalam kulit yaa . kalau biar ditinggalkan mask tu dengan keaddan yang masih basah , yaa rasa amat amat lahh membazir .

actually mask tuhh lagi besar daripada size muka yaa . ;3 atoyaii . sebab tu gambar macam tu . 

lepas dah kering , yaa cabut and pastikan terus buang yaa . jangan letak merata rata . nanti nampak bersepah . :) and hasil nya muka yaa after yaa pakai mask , makan emilay whitening and produk Safi tu .....


alhamdulillah . muka yaa pada masa dulu bintik bintik aje yang timbul kini dah tak ada dah . hihi .

berbaloi habiskan banyak duit semata mata nak cantik . cantik ke ? uhuk uhuk .

okayy lahh . sampai di sini sahaja dahulu .

Assalamualaikum teddy





Final Exam

Sunday 17 November 2013


aku sekarang tengah dalam akhir semester 1 diploma . so maknanya sekarang aku tengah final exam . lagi seminggu je weyhh aku dah nak habis belajar semester 1 . rasa sekejap sangat . and aku sekarang ada lagi dua paper lagi . then after that i'm freedom . ouhhh yeayhhhhhh !

btw now aku nak cerita pasal kisah aku masa ambil paper final exam . sebelum start exam final tuhh , aku sempat lagi maen-maen , tengok tv , layan youtube , layan movie n laen laen padahal exam lagi beberapa hari je lagi . bagus takk ? okayy , aku tahu tak baguss so jangan ikot perangai macam aku okeyhh . tak elok ! ishh3 *okeyhh  geleng geleng kepala

lagipon masa mula mula first paper tuhh subjek BI so aku tak tahu nak baca ape . cehhh . macam dah pandai jeaa kau yekk ? haha . dulu masa SPM , aku mana suka subjek BI . Seriously TAK SUKA ! walaupun aku tak suka , aku kena ambil jugakk . okeyyhh nampak di situ keterpaksaan ambil subjek BI . ;p

BI aku just study grammar jeeaa . yang lain In Sha Allah aku boleh buadd . masa first day paper BI final exam tempoh hari , alhamdulillah aku dapat jawab dengan mudah . mudah kee ? bolehhh laa . alhamdulillah Allah bantu aku masa nak jawab tuhh . tapi masa tuhh , aku adalah orang paling last keluar dewan peperiksaan . haha

second paper pulak paper subjek Arab . alahh . Arab . kacangg jeaaa . ;p yekee kacang jekk ? aku rasa tak jugakk . aku punya final exam kali ni soalan nya boleh tahan susah jugak berbanding final exam yang tahun sebelum sebelum ni . seriously . masa mula mula aku bukak paper Arab tuhh , terkejut beruk gakk laa masa tengok soalan dia . masya-Allah . boleh keeaa aku jawabb nihh ? aku masa tu try jawabb . alhamdulillah lahh . banyak jugakk yang aku dapat jawab . alhamdulillah . alhamdulillah :) aku yakin Allah sentiasa ada disisi aku and sentiasa tolong aku masa tu . okayy done paper Arab for that day .

third paper pulak perghh . yang ni aku takodd . takodd sebab paper ni memang tak boleh main main . tak boleh leka , tak boleh silap sikit pon . kalau tak habis jawapan salah so automaticly markah pon banyak turun . nak tahu subject ape ? haaa . subjek financial mathematics lahh . susah kodd subjek nihh . aku jadi sakit kepala masa jawab paper nihh . masa mula mula masuk dalam dewan peperiksaan tuhh , perghh aku rasa kecut sangat masa tuhh . financial mathematics tuhh weyhh . antara subjek killer . masa aku start jawab , alhamdulillah . first question aku dapat jawab . second question ? perghhh . soalan killer habis ! habis aku . aku tinggalkan kejap . sebab second question tu adalah bab yang paling aku tak suka . please lahh . so aku terus masuk ke third question . alhamdulillah dapat jawab dengan tenang . and soalan terakhir pon aku dapat jawab . lepas dah habis jawab soalan yang terakhir tuhh , aku terpaksa balik ke second question . walau ape pon . aku kena jawab semua soalan . wajib okayy ! sebab ada markah tuhh . biar lahh salah pon asalkan aku try mana tahu jawapan aku betul ? markah free aku dekat situ . lepas aku dah settle jawab , aku check banyak banyak kali takodd jawapan aku silap ke ? ada salah kee ? lepas aku dah puas hati dengan jawapan aku , aku terus keluar daripada dewan peperiksaan . tak sanggup dah nak duduk lama lama dalam dewan peperiksaan . rasa seram sejuk jee .

hari keempat aku nihh . perghhh ! paper dia memang paling tiptop ahh killer . tak lain tak bukan subjek financial accounting . sebab aku ambil bidang account n finance so account tu semestinya ada and memang wajib aku belajar sampai habis diploma . masa mula mula aku masuk kolej belajar subjek account , aku rasa terseksa sangat and aku jugak pernah nangis hanya disebabkan aku rasa fed up dengan subjek account . yelahh . subjek account nihh subjek profesional lagi lagi aku ni yang tak da basic account . memang seksa yang teramat lahh kan ? aku sebenarnya dah give up dengan subjek account sebab aku asyik kena marah and kena marah dengan lecturer account aku sebab tak dapat jawab soalan dia dekat papan putih . masa tuhh aku rasa down sangat . masa paper account dah nak hampir pon , aku risau sangat takodd aku tak dapat jawab soalan account . takodd soalan account susah . sehari sebelum paper account final exam , aku tak tahu nak buadd ape . tapi masa tu aku fikir .. aku boleh buadd . hasil titik peluh aku satu hari study gila gila yang teramat sampai mampu jawab 5 paper final exam tahun tahun lepas dalam masa satu hari jee . hebat takk ? haha . selain tu sokongan daripada mama n papa and si dia yang aku sayang jugak sedikit sebanyak dapat menaikkan semangat aku untuk belajar account . mama aku tahu aku tak da basic account and kena study banyak benda pasal account berbanding orang lain yang dah ada basic account . aku jugak tak putus putus berdoa kepada Allah semoga aku dapat jawab paper account pada keesokkan hari dengan sangat tenang and aku jugak berdoa semoga Allah permudahkan segala urusan aku pada hari aku paper account tu . 

dan pada kesokkan harinya , siapa tak berdebar kan nak jawab . subjek killer tuhh sedang menghantui semua pelajar yang ambil subjek account . aku masa tuhh tak payah cakap lahh . perasaan gementar menyelubungi diri . aku banyak kali cakap dalam hati semoga aku dapat jawab paper account . aku dah study sehabis mungkin dah .. and aku harap dengan usaha aku tuhh membuahkan hasil . masa mula mula bukak paper account tu , rasa berdebar sangat . dengan lafaz bismillah , aku baca satu persatu soalan yang ada dekat paper tu . perghh susah . masya-Allah . masa tu , satu je aku ingat . masa tu je aku berharap . satu je tempat aku minta tolong tak lain tak bukan Allah Maha Esa . aku berdoa semoga ketika aku tengah jawab soalan account nihh , aku kira kira jawapan last sekali aku dapat balance . and mula lah aku start mengira . n terus mengira dengan penuh teliti . aku baca betul betul soalan yang dia tanya . dalam account , worksheet , cash book n bank statement bagi aku paling susah . first aku jawab worksheet dulu sebab worksheet banyak keja kena mengira . so aku start lahh mengira dan terus mengira dengan penuh teliti . lastly masa aku dah nak sampai ke jawapan dia untuk nak tahu sama ada balance ke tak .... masa tuhh aku banyak banyak berdoa semoga balance jawapan aku . tambah punya tambah then tolak , aku pon tekan simbol = , perghhh . alhamdulillahhhhh . balance . tapi aku tak percaya sebab biasanya aku kena buadd banyak kali baru balance tapi ni aku  baru buadd sekali dah balance . masya-Allah . alhamdulillah ya Allah . alhamdulillah . aku try check dekat bahagian adjustment . alhamdulillah balance . dekat bahagian adjusted trial balance pon aku balance . so memang confirm jawapan aku betul . alhamdulillah ..

seterusnya aku pergi dekat bahagian income statement n balance sheet . kira punya kira alhamdulillah jawapan aku balance lagi . seterusnya aku pergi dekat cash book n bank statement . aku try buadd . kira punya kira , alhamdulillah aku dapat jawab . n jawapan yang aku dapat tu pon sama angka dengan angka yang ada dekat dalam kotak soalan tuhh . alhamdulillah ya Allah . kau permodahkan segala urusanku . terima kasih ya Allah :') aku masa tu rasa nak nangis sebab usaha aku study satu hari hanya untuk subjek account , satu hari aku dating dengan subjek account daripada pagi hinggalah ke malam . alhamdulillah usaha aku membuahkan hasil . terima kasih jugak kepada kawan aku iaitu myza yang bantu aku . ajar aku subjek account yang aku tak tahu . thanks oallss !

now aku done jawab three papers . and i have two more paper left . whoahhhh ! dua dua paper tuhh menghafal . sakit lahh kepala aku nanti -.- boleh besar kepala aku nanti . hihi .  doakan aku yaa ! semoga aku dapat jawab dengan tenang :) 

mulakan dengan bismillah and diakhiri dengan alhamdulillah :)

assalamualaikum ~ teddy

Final Exam makin dekat ! :O

Saturday 2 November 2013



sekarang aku dah sibuk study disebabkan final exam aku makin hampir . U know course account and finance bukan lahh boleh dikatakan senang and bukan lahh boleh dikatakan susah . tengah-tengah laa . hee

tapi bila exam final makin dekat , aku jadi makin stress . Ya Allah . tenangkan lahh hamba-Mu ini . permudahkan lahh segala urusanku ..

nanti masa final , aku kena ambil 6 paper . 6 paper tu antaranya :

pokok financial accounting
pokok financial mathematics
pokok bahasa arab komunikasi
pokok profiency english
pokok IT
pokok pengajian islam

Itulah enam paper yang aku kena ambil exam yang mengambil masa hampir sebulan untuk habis . lama kodd -.-

gap setiap exam tu jauh-jauh selain IT dengan pengajian islam . why pengajian islam and IT jugak dia buadd dekat-dekat ? saje nak buad kami as student stress kee oii ?

tahu tak pengajian islam kena baca and hafal 10 bab then IT pulak kena baca and hafal 10 bab jugak . dah la IT tu fakta . -.-

memang saje nak buadd kami punya kulit muka tumbuh dengan banyak jerawat laa erkk ??

kalau aku tahu siapa yang buadd jadual exam nihh , aku dah kerat tulang dia . haha


doakan aku okeyhh :) semoga Allah permudahkan segala urusanku and bantu aku dalam memudahkan menghafal segala ilmu pengetahuan yang amat suci ini . hihi

okayy laaa . mata aku dah ngantok then kepala aku pon dah pening-pening lalat . i should go to sleep right now . 

gudnytes peeps ! 

Second Hand Item Giveaway by Ashya and Nasehah



 Okey,seperti tajuk yang korunk baca di atas,hari ni aku dan Nasehah nak buat satu giveaway.Hadiah giveaway ni tak semua yang second hand.Ada yang second dan ada yang masih lagi first.Okey!Tanpa membuang masa,aku mulakan giveaway ni dengan... TERMA & SYARAT!
Owh,btw! Topup Giveaway by Ashya itu ditunda atas masalah pihak sponsor.

              TERMA DAN SYARAT:
  • Warganegara Malaysia
  • Mempunyai blog dan facebook *wajib!
  • Wajib mengikut semua syarat
  • Tulis di tajuk entry anda ' Second Hand Item Giveaway by Ashya and Nasehah'
  • Tempek banner atas tu dan backline kan ke blog ni
  • Hantar link entry blog korunk berkaitan dengan giveaway ni dekat kotak komen dibawah.*tempat lain x diterima
Wajib! (akan disemak)
*sila maklumkan di entry anda jikalau tiada akaun twitter dan instagram
Tamat sehingga 7 Nov 2013

Pemenang menggunakan kaedah

  1. TOP REFERRAL
  2. RANDOM.ORG

November Giveaway by Cik Yaya.




Nak Join? Meh Klik Banner.

1st Segment by Gadis Ungu




SYARAT-SYARAT

1. Berwarganegara Malaysia, ada blog dan ada Facebook.

2. Buat satu entri tentang First Segment by Gadis Ungu.. dan jangan lupa tempek banner comel pink yang saya buat tu. (Jangan lupa backlinkkan sekali)


3. Follow blog Gadis Ungu. Follow blog [INI] dan [INI]

4..  Like Fanpage [INI]

5. Link entri korang letak kat post comment blog Aisyah.



Done! Sikit tu aje..



Hadiah


1. Aisyah nak cari 5 blog wanita dan 5 blog lelaki untuk diletakkan di bloglist Aisyah.. (10x)

2. Letak iklan korang di tapak iklan blog Aisyah (1x)

3. Topup RM5 (2x) by Muhammad Faaiz

4. Pashmina warna kelabu by Gadis Ungu

5. Free Vector from AINA ZAIRULNIZAM

6. Brooch 2x (Warna kuning dan merah , bentuk bunga)

7.  (*Tengah cari sponsor)

#so ape lagi .. jom join untuk memeriahkan lagi segmen adik ni :)

#psst .. just klik banner tu kalau nak join okayy . GUDLUCK GUYS ;)
CopyRight © | Theme Designed By Hello Manhattan