Slider

Kerja part time?

Sunday 29 June 2014



Kerja part time? iyup. aku fikir aku nak kerja part time. dekat mana? emm maybe dekat pizza hut kut. ada sebab kenapa aku nak kerja part time sebenarnya.

Firstly, aku nak kerja sebab aku fikir dengan aku belajar sambil kerja boleh sibukkan diri aku and takkan ingat dekat si dia. betul juga cakap kawan aku. buat apa kalau hanya aku yang teringat dekat dia tapi dia mana ada teringat dekat aku pun. buat apa kalau aku sayangkan dia sedangkan dia dah tak sayangkan aku. buat apa aku nak terhegeh hegeh dekat orang yang dah tak nak aku? aku ingat dengan aku sibukkan diri dengan belajar dan kerja, aku boleh lupakan dia. maybe memang susah untuk aku lupakan dia, tapi tak salah kalau aku nak try. maklum lahh dah dua tahun satu bulan aku bersama dengan dia, takkan boleh lupakan macam itu je. susah weyhh. kalau dapt lupakan pun ambil masa yang lama.

secondly, aku nak kerja sebab nak cari pengalaman kerja dekat pizza hut. maybe after this bila cuti sem, aku dapat kerja dekat mana mana pizza hut lagi ke sebab aku dah ada pengalaman? yeahh aku tahu kerja dekat kedai makan or restoran memang memenatkan tapi aku dah biasa so aku rasa okay lahh kut.

thirdly, aku kerja sebab nak hiburkan hati. mana tahu dengan kerja aku boleh lupakan masalah aku ke? sebab lagi satu why aku nak kerja adalah kerana aku nak tambahkan pendapatan aku. aku dah tak nak minta duit dekat parent aku sebab aku tak nak telinga aku sakit hati dengar parent aku marah marahkan aku. aku dah betul betul serik.

mulai sekarang pun aku nak jimat. memang sebelum ni aku dah berjimat. boleh lahh. tapi biasa lahh. duduk dekat KL kan? kos hidup tinggi tapi In Sha Allah aku boleh.

No comments:

Post a Comment

drop here your comment.:)

CopyRight © | Theme Designed By Hello Manhattan