Slider

Trip ke Pulau Redang

Thursday 16 August 2018

Assalamualaikum 

Minggu lepas dari 6 August 2018 hingga 8 August 2018, aku ada pergi ke Pulau Redang, for the first time tau! So rasa excited dia lain macam sikit. Aku pergi dengan dua lagi kawan aku. Nasib baik la dieorang nak join sekali pergi sana. Kalau dieorang tak nak join memang tak de la trip ke Pulau Redang ni hihihi




Macam mana boleh terfikir nak pergi ke Pulau Redang? Sebab masa Airasia buat promo freeseat bulan Sept tahun lepas, aku saje je survey harga ticket then masa tu aku terjumpa ticket murah return KUL – Kuala Terengganu – KUL only RM54 JE per pax!!! Weyy siapa yang tak nak kan? Murah sgt tu. Ticket pergi aku just kena bayar RM11 je HAHAHAHA aku tak tahu macam mana Airasia ambil untung. Tapi apa-apa pun. Terima kasih Airasia <3

Lepas ticket flight dah beli, so aku cari package ke Pulau Redang untuk 3H2M. Bila survey dan baca banyak review, ramai orang suruh ambil package dengan NUYU TRAVEL. Bagi aku, harga dia AFFORDABLE! Package 3H2M all in exclude sewa snorkeling and ticket Marine Park only RM278 untuk package Redang Lagoon. 



Service dieorang pun okay sangat. So sesiapa yang nak pergi Pulau Redang, korang boleh contact ;

NUYU TRAVEL AND TOURS
Whatsapp : +6013-6825986
Office : 09-8504837
Fax : 09-8594836
FB Fanpage : Pulau Redang Budget Package

6 August 2018

Masa ni aku bangun awal gila around pukul 3.30 pagi sebab nak kena ada dekat airport before pukul 6 pagi. Flight boarding pukul 6.20 pagi. Nasib baik sempat nak solat subuh dekat airport. 




Dari KUL – Kuala Terengganu Airport ambil masa sejam je dah sampai so masa tu aku sampai sana around pukul 8 pagi. 




Masa dah sampai tu, aku terus booking MyCar to Jetty Shahbandar sebab aku booking ferry pukul 9 pagi. Nasib baik tak jauh sangat dari airport ke jetty and nasib baik masa pagi tu tak jem. Dah sampai dekat jetty. Aku terus pergi dekat kaunter Sejahtera dan tunjukkan voucher. Bila dah dapat ticket, aku punya ticket ferry di awalkan 10 minit so aku naik ferry pukul 8.50 pagi. Maybe sebab aku sampai awal dekat jetty kot?


Kaunter Sejahtera Ferry Service


First time naik ferry HAHAHAHA

Perjalanan dari jetty shahbandar ke Pulau Redang ambil masa dalam 1 jam lebih so kami sampai dekat Pulau Redang tu dalam pukul 11 macam tu rasanya. Bila dah sampai tu, kami kena pindah ke lagi satu bot, maybe bot transfer kot (i think la) tak tahu nama bot tu hahahaaha


Boat transfer (pic from google)

Masa ni tengah panas sangat

Bila dah naik bot transfer tu, Masha Allah Subhanallah. Lawa gila gila Pulau Redang. Air dia jernih sangat! Siap boleh nampak ikan dok berenang dekat dalam air. Bila dah turun dari bot transfer, kami terus pergi ke receiptionist Redang Lagoon. Lama jugak la masa ni aku dok beratur tunggu turn nak check in.

Bila dah check in, aku dapat bilik bawah. Katil triple single. Lupa pula nak snap gambar bilik masa tu sebab perut tengah lapar so lepas kiteorang letak beg, kiteorang terus keluar pergi ke cafe cari makanan. Tapi bagi aku, bilik dia okay je. Siap ada aircond. Toilet dia pun okay tak kotor. Shower dia paling best! Hahahaha

Makanan dekat Redang Lagoon tu okay jugak, sedap! Dia sediakan pelbagai jenis lauk dan pelbagai jenis air. Aku paling suka air oren dekat cafe dia sebab air oren dekat sana sedap weh secukup rasa hahaha

Lepas makan, kami balik rehat then pukul 2 pula kami keluar balik. Sebab pukul 2.30 kami ada aktiviti snorkeling dekat open sea. Mula-mula memang excited habis wehhh! Tapi bila dah sampai tempat open sea tu, Masha Allah dalam gila *nangis*


Cuak juga masa tu aku berani ke tak ni nak turun tempat dalam. Tapi dah alang alang datang jauh jauh ni kan, cuba jela. Mula mula serius asyik tergelak je sebab ada peristiwa kelakar kami 3 orang hahahah tapi malas la nak cerita dalam ni.

Bila dah lama lama, alhamdulillah aku dah berani snokerling tempat dalam. Memang cantik gila! Ada banyak coral dekat situ. Air pun jernih je. Ikan pun ada juga dekat situ tapi tak banyak sangat. 1 jam jugak la kami dok snorkeling dekat situ.

Lepas balik dari snorkeling, kami pergi ke cafe untuk minum petang. Lepas snorkeling of course lapar kan? Hihi lepas dah kenyang, kami sambung mandi dekat depan resort. Serius air dekat situ lawa sangat. Jernih gila wehh. Lama juga aku mandi dekat situ. Yang paling eksited bila dapat jumpa ikan warna putih. Jinak betul ikan tu tapi tak tahu tu ikan jenis apa.



Dalam pukul 6, kami balik ke chalet semula, mandi & solat sebab dalam pukul 7 ada makan BBQ. BBQ tu kena masak sendiri ye. Bukan ada orang tolong masakkan.

Lepas habis makan, ape lagi balik ke chalet then rehat la hahaha malam tu kami tidur awal sangat sebab semua penat satu hari tak rehat.

7 August 2018

Pagi tu, lepas solat subuh, kami semua pergi cafe untuk breakfast makan nasi lemak. Lepas dah breakfast, kami ada aktiviti snokerling dekat Marine Park dalam pukul 9 pagi. Masa dah sampai dekat Marine Park tu, alhamdulillah tak ramai lagi orang dok snorkeling dekat situ. Sebelum mandi, kami semua kena dengar taklimat sikit. Apa pantang larang semua. Lepas tu ape lagiiiii pi snokerling laa! Hehehehe




Okay aku nak habaq mai kat hampa semua, dekat Marine Park ni air dia mula mula memang dah dalam ye. Tapi tak de la dalam sangat pun tapi bila pergi ke depan sikit, okay memang dalam hahahah tapi sebab aku dah berani snorkeling tempat dalam so aku rileks je pergi dekat tempat dalam. Dua lagi kawan aku snorkeling dekat depan pantai je sebab dieorang takut hahahahah




Lama juga la kami dekat situ dalam 1 jam 30 minit. Air dekat situ pun jernih TAK ADA KOTOR LANGSUNG! And dekat situ banyak gila ikannnnnnnnnnn! Macam macam jenis ikan ada dekat situ. Menyesal tak bawa alat untuk memancing hahahah *okay gurau*

Lepas snorkeling dekat Marine Park, kami pulang ke chalet semula untuk makan tengah hari. Tapi masa dah sampai dekat resort tu, kami bukan terus pergi dekat chalet tapi terus pergi ke cafe dengan baju basah sebab lapar sangat. Lepas makan tengah hari, kami balik ke chalet untuk mandi dan rehat. Petang tu dalam pukul 4 sebenarnya ada lagi satu aktiviti snorkeling dekat open sea tapi kawan-kawan aku tak mau piii so aku pun tak join la sekali huhuhu kami bertiga tidur masa tu.

Malam tu pula macam biasa dinner tapi malam tu lain sikit sebab kami dinner dekat bawah pondok nak ambil feel sikit hahahah lepas habis makan, kami bertiga decide untuk jalan-jalan malam tu dekat depan pantai, saje je nak ambil angin.


Dekat pondok ni kami bertiga dinner. 

Acah acah sweet la sangat jalan jalan depan pantai hahahah

8 August 2018

Awal gila kami bertiga bangun pagi tu. Lepas solat subuh, kami pergi makan before bersiap-siap nak balik KL. Rasa sedih juga la cuti dah nak habis huhu lepas dah check out chalet, kami tunggu ferry dekat depan pondok resort. Masa tu baru pukul 10 lebih. Ferry sampai around pukul 11 lebih nak dekat pukul 12.

Flight kami pukul 4.25 petang. Kami sampai dekat Jetty Shahbandar around pukul 1.40 petang. Before kami bertiga gerak pergi airport, sempat lagi kami shopping & lunch dekat pasar payang hihihi aku shopping makanan je dekat pasar payang tu. Serius murah habis. Asalnya tak nak ambil luggage tapi dah alang alang datang sini kan why not shopping sikit bawa balik ole ole.

Lepas dah habis shopping, kami gerak ke airport. Nasib baik sempat sampai. So far short vacay kali ni bagi aku best jugak la sebab dah lama aku tak pergi vacay ni. Asyik kerja je tak boleh juga :D




Nampaknya lepas ni rindu la dekat pulau redang hihi okay next trip another 2 months! Tak sabar HEHEHE kemana pula kita? Tungguuuuu......


Cer teka mana satu aku? Hahahaha okay guys next trip kemana pula kita lepas ni?


No comments:

Post a Comment

drop here your comment.:)

CopyRight © | Theme Designed By Hello Manhattan